Ucapan Presiden

Bismillahirrahmanirrahim,
Ledakan era digital dijangka melahirkan lebih banyak peluang untuk usahawan wanita yang terlibat dalam perniagaan. Malangnya, masih ramai usahawan wanita di Malaysia terutamanya belum bersedia mengguna pakai teknologi digital. Kemunculan teknologi digital tidak sepatutnya digeruni, sebaliknya perlu difahami bagi merebut peluang meningkatkan ekonomi keluarga  dengan menjana keuntungan menerusi perniagaan berasaskan digital. Ini sejajar dengan industri 4.0 dan agenda negara untuk meningkatkan kadar GDP dan ekonomi digital dalam masa terdekat. Justeru itu, usawahan wanita khususnya perlu memantapkan lagi kemahiran keusahawanan digital dan bersedia melalui proses transformasi perniagaan digital. EWA akan terus berusaha menyediakan program-program latihan berkaitan ekonomi digital  untuk memastikan usahawan wanita di negara ini sentiasa berdaya saing. Usahawan EWA digalakkan mengambil peluang ini untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran digital dengan menghadiri program-program yang telah dirancang bagi tahun 2020 dan seterusnya.

Semoga usahawan EWA terus maju, cemerlang dan terbilang.

Prof Dr Aini Aman
Presiden Persatuan E-Usahawan Wanita Malaysia 2019-2021