Mengenai Ewa

Persatuan EWA Malaysia lahir dari program pembangunan e-usahawan Universiti Kebangsaan Malaysia bersama MOSTI dan .myDomain Registry di bulan Februari 21hb 2011. Universiti Kebangsaan Malaysia dan cendiakawannya telah bersama-sama keseluruh negara dan berusaha untuk merapatkan jurang digital bersama MOSTI dan .Mydomain Registry memperkasa wanita di dalam penggunaan ICT. Latihan yang telah berjaya mendigital literasikan 999 usahawan wanita dan penghasilan 2 buku ilmiah Pembangunan E-Usahawan 2012 dan Kisah Kejayaan Usahawan Wanita 2014 diterbitkan. Usaha kini diteruskan oleh  EWA Malaysia yang kini aktif berganding bahu dengan usahawan usahawan wanita di Malaysia. Gandingan akademik dan usahawan ini amat unik dan hanya ada dalam EWA dan ianya adalah formula yang efektif dan berkesan.

Kini setelah kita melangkaui 10 tahun EWA mula dikenali di peringkat kebangsaan dan persada global. Dengan  keterlibatan EWA di dalam Digital Literacy Champaign dengan Telecentre.org 2012, Global Entrepreneurship Summit dan termeterinya MOU dengan Malaysian Italian Chamber of  Commerce MITTCI pada bulan Disember 2013, Cherie Blair Foundation, Global Walk 2014 dan Social Business day, Yunos Center Dhaka dan 1MET pengibatan EWA di dalam aktiviti di peringkat kebangsaan dan juga global kini semakin kukuh. Jaringan ini adalah penting untuk EWA strategikan kemasukan produk dan perkhidmatan ahli EWA di dalam ekosistem perniagaan atas talian.

Untuk membantu ahli kelas kelas literasi ICT seperti pembangunan laman web, pemasaran atas talian, kelas fotografi dan juga kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris terus ditawarkan. Kolaborasi bersama MOSTI untuk projek inkubator EWA masih berjalan dengan jayanya.  Seramai 3000 usahawan wanita SMM telah dilatih sehingga kini memasarkan dan menjual produk dan perkhidmatan mereka dalam talian.

Kini kita mengambil satu langkah lagi dengan menterai perjanjian kesefahaman dengan Malaysia New Entrepreneur Foundation (myNEF). Memandangkan usahawan pelajar juga adalah teras kepada pembangunan usahawan Negara, EWA kini membuka cawangan di beberapa universiti tempatan EWA@UM , EWA@UKM, EWA@UUM dan EWA @UMT. EWA akan terus maju dan insyaallah dengan berkat sokongan dan doa ahli-ahlinya EWA terus berbakti merapatkan jurang digital dan memperkasa wanita dengan ICT. Kami berbangga untuk berkhidmat kerana kami adalah satu-satunya persatuan yang membawa bersama para pakar di universiti dan para usahawan wanita untuk berkhidmat dan melatih lebih ramai wanita untuk menjadi usahawan dalam talian. Kami berbangga untuk mengatakan bahawa sekarang EWA Malaysia berada di 6 negeri, Johor, Perak, Sabah, Kelantan, Melaka dan ahli-ahli terbesar dari Lembah Klang Selangor.