Aktiviti 2019

16 Disember 2019
Ewa Malaysia bagi cawangan Kota Tinggi Johor telah turut serta memberi bantuan kepada mangsa banjir
Semoga allah permudahkan segala urusan rakyat Johor yang terlibat dengan banjir dan allah melindungi setiap insan yang menjadi mangsa.

16 Disember 2019
Ewa Malaysia cawangan Mersing juga telah membantu memberi sedikit sumbangan untuk mangsa banjir di kawasan Mersing. Ewa Aktif Ewa Prihatin!

6-7 Nov 2019
Ewanians di SDG Summit KLCC.

30 Ogos 2019
Ahli Ewa Lembah Klang, Puan Hj Fuspawati menganjurkan kelas Akupuntur!
Pelbagai kemahiran ada di Ewa Malaysia.

30 Ogos 2019
Minggu Usahawan terus ke MAEPS EWAnians Zalina Umooda salah seorang pempamer booth.

25 Ogos 2019
Jemputan ke Majlis Sambutan Hari Wanita dengan NCWO (National Council of Women’s Organization Malaysia).
Turut menghadiri majlis sebagai tetamu VVIP Permaisuru Agong dan Sambutan Hari Jadi untuk Permaisuri Agong turut diadakan bersama. Selamat Hari jadi diucapkan kepada Tuanku Permaisuru Agong dari kami semua di Ewa Malaysia.

25 Ogos 2019
 Jemputan ke seminar Wanita & Pelaburan Aspirasi Pelaburan dan Keusahawan at Bursa Malaysia.
Perasmian oleh YB Hannah Yeoh sempena Hari Wanita 2019.

16 Ogos 2019
Sekali lagi Ewa Malaysia dijemput ke Program “Heart at Work Bootcamp: Building the Next Steps Volume 7.0” untuk tenaga kerja TNB kali ini di Hotel One World, PJ pula. 16 Ogos 2019 (Jumaat).

Ewa sebagai salah satu NGO yang membantu bakal-bakal pesara yang ingin menceburi bidang perniagaan selepas persaraan mereka. Kami akan membantu dari segi latihan, kelas, kursus-kursus, bimbingan perniagaan, motivasi dan seminar mengikut keperluan.

Terima kasih TNB di atas peluang & jemputan.

25 – 26 June 2019
Penerimaan sijil apresiasi dari TNB / Institut Latihan Sultan Ahmad Shah ILSAS bagi pihak EWA sempena penglibatan EWA sebagai NGO usahawan wanita e-dagang di program Heart At Work ~ Building the Next Steps, di Hotel Tenera, Bangi.

Ewa Malaysia bersama-sama meraikan penghuni di Rumah Jagaan Mahmudah, Semenyih pada Ramadhan yang lalu.

Posted by EWA Malaysia on Ahad, 16 Jun 2019
16 June 2019
Ewa Malaysia bersama-sama meraikan penghuni di Rumah Jagaan Mahmudah, Semenyih pada Ramadhan yang lalu.

Ewa sana sini Ramadhan.Alhamdulillah, Ewa Malaysia berkerjasama dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama adik2 di Pertubuhan Kebajikan Asrama Anak2 Yatim Islam Segamat Johor (PKAYIS) semalam anjuran Pertubuhan Alumni PKAYIS. Terima kasih kepada semua penyumbang, semoga ALLAH SWT melimpahkan rezeki yg luas kepada kalian. Aamiinnn…

Posted by EWA Malaysia on Isnin, 20 Mei 2019
21 Mei 2019
Ewa sana sini Ramadhan
Alhamdulillah, Ewa Malaysia berkerjasama dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama adik2 di Pertubuhan Kebajikan Asrama Anak2 Yatim Islam Segamat Johor (PKAYIS) semalam anjuran Pertubuhan Alumni PKAYIS. Terima kasih kepada semua penyumbang, semoga ALLAH SWT melimpahkan rezeki yg luas kepada kalian. Aamiinnn…

Tahniah Ewa Malaysia cawangan mersing,Tidak pernah melepaskan peluang untuk teruskan program amal ramadhan iaitu Sentuhan Kasih Ramadhan untuk kali ke lima#EwaMalaysia#EwaMersing#SentuhanKasihRamadhanSiri5

Posted by EWA Malaysia on Ahad, 19 Mei 2019
19 Mei 2019
Tahniah Ewa Malaysia cawangan Mersing,
Tidak pernah melepaskan peluang untuk teruskan program amal ramadhan iaitu Sentuhan Kasih Ramadhan untuk siri kelima… Semoga Allah memberkati segala urusan sahabat Ewa Malaysia..

11 May 2019Motivasi & Grooming Ewa…

Posted by EWA Malaysia on Ahad, 12 Mei 2019
11 Mei 2019
Program Motivasi & Grooming Ewa
30 April 2019
Penaung Ewa Malaysia, Prof Datin Norizan Abdul Razak yang juga merupakan Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Gerakan Kemanusiaan Malaysia dan Pusat Belia Antarabangsa telah mengadakan Program Bootcamp untuk melatih Wanita Muda dalam kepimpinan bersempena dengan Women Fest 2019 bertemakan “Aspirasi Wanita Muda sebagai Pemimpin Masa Depan”.

26 April 2019
Jemputan ke Konsert Diraja di Universiti Kebangsaan Malaysia.
DYMM YangDi Pertuan Besar Negeri Sembilan Raja Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tuanku Aishah Rohani adalah yang hadir menjayakan Konsert Di Raja UKM 2019, Canselor UKM, Naib Canselor UKM dan lain2 lagi. Artis tempatan Liza Hanim and Pelajar UKM menghiburkan malam Yang gemilang dan Hebat anjuran UKM.
Bersama sahabat eWa bersama menghadiri Majlis. Syabas UKM untuk acara persembahan Yang Hebat dan bertenaga.

18 – 22 April 2019
Ahli Ewa Malaysia & Usahawan Pengarah Umooda – Pn Zalina Zulkapli di Karnival HALAL Anjuran MEGA EXPRESS di negara jiran Singapura pada 18-22April.

30 Mac 2019
Jemputan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa di UKM, Bangi.
Ahli Ewa Malaysia dijemput untuk memeriahkan lagi majlis yang julung kali diadakan oleh UKM dengan penglibatan secara langsung oleh Penaung Ewa Malaysia Prof Datin Norizan Abdul Razak.

18-19 Febuari 2019.
Ewanians di Malaysian Urban Forum dan berkongsi kepakaran untuk gender and urban economy di KLCC.


18 Febuari 2019
Business Modal Canvas & Business Planning Workshop with the Captain of the Industry Dato’ Capt Jaffar Lamri and the ladies of Ewa Malaysia.