e-Sharing

Keperluan “Target” dalam Perniagaan

Saya nak share dengan ANDA,

Anda nak berjaya. Betul ?
Anda nak kaya. Betul?
Anda nak duit banyak. Betul?

Sebab itu status anda adalah usahawan. Betul?

Saya menjalani satu sesi business coaching. Beliau bertanya:

1. Adakah anda ingin sukses? Bila ? Bagaimana?

2. Kalau anda melakukan perniagaan, anda mesti ada target.
Berapa target anda?
Bila anda boleh capai target tersebut?
Adakah ianya target yang sesuai dengan prestasi semasa anda,
atau adakah ianya target yang melampau?

3. Adakah anda business dengan target atau business menyerah saja
kepada rezeki dan takdir?

Kesimpulannya di sini, anda perlu berniaga dan bekerja dengan target, berapa banyak jualan yang anda mahukan/ perlukan untuk perniagaan anda dan buat reversed goal setting. (RGS) . Insya Allah…ianya lebih mudah dan kemungkinan , jualan perniagaan anda, melebihi target. Seronokkan?

Kami di EWA, doakan perniagaan anda ‘prosper’, kaya dan berjaya bermula daripada tahun 2013 dan tahun-tahun mendatang.

Petikan daripada: Pn Hatinie Wan Pa selaku Pegawai Pembangunan Perniagaan eWA Malaysia.
FB: facebook.com/tinie.wish

 

Berniaga itu Ibadah

Hari ini kita lihat ramai orang menceburi bidang perniagaan….secara langsung atau tidak langsung. Dengan kecanggihan teknologi hari ini perniagaan hanya terletak dihujung jari anda….dan usahawan eWA adalah salah satu contoh tersebut. Kita adalah usahawan yang sepatutnya menjalankan perniagaan dan mempromosikan perniagaan kita secara ‘Online’ atau atas talian.

Untuk berniaga selalunya orang cakap ‘SUSAH’ sebab perlu banyak modal…perlu peramah…perlu jumpa orang….dan perlu uruskan banyak benda macam produk/servis, masa, operasi, kewangan dll…

Jawapan saya mudah….TIDAK ADA SATU BENDA PUN DIDUNIA INI YANG MUDAH !Jadi untuk menjadi peniaga kita kena ‘tukar dulu cara kita berfikir’ dan mula kan langkah mecari apa yang ingin kita niaga kan. Kalau kita cakap pasal produk cuba ‘browse’ internet macam2 ada untuk kita niagakan….tapi pastikan anda ada ilmu tentang produk/servis tersebut. Jangan menempuh lautan perniagaan tanpa ilmu didada. Jika tidak pasti bertanya lah….kita ada ramai rakan ewa disini yang sentiasa sudi berkongsi pengalaman dan kejayaan dengan anda.Tapi walau macamana pun BESAR cita-cita atau impian ada….mulakan dengan langkah kecil….modal kecil yang akhir nya memberi pulangan besar. Jangan sesekali bermula besar tetapi akhirnya ianya semakin kecil dan anda terpaksa bungkus !Yang bagus berniaga online anda tak perlu modal besar….boleh buat smartpartnership….boleh tolong jual barang orang lain dan nikmati komisen dan keuntungan tanpa fikir kerugiaan.

Dan yang utama apabila anda anggap berniaga itu ibadah., insyaAllah akan datang keberkatan dunia dan akhirat. Anda menjual kerana anda nak orang makan produk yang suci, bersih dan halal…..anda berniaga untuk meningkatkan kehidupan keluarga anda…..dan anda berniaga kerana apabila anda kaya anda mampu membantu orang lain melalui zakat yang anda bayar…..sedekah yang anda beri dan peluang-peluang menambah rezeki kepada orang lain.

Semoga Allah memberkati dah merahmati semua usaha usahawan eWA sentiasa !

Petikan daripada: Pn Norhimah Aziz selaku Setiausaha eWA Malaysia.
FB: norhimah.aziz 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *