eWA 3rd AGM 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini mari kita berkongsi satu acara yang telah diadakan oleh EWA Malaysia. Acara yang dianggap sebagai nadi kepada pembentukan dan pergerakan EWA Malaysia iaitu Mesyuarat Agung EWA Malaysia kali ketiga yang berlangsung pada 25 Mei 2013 di IOI Palm Garden Hotel & Resort, Putrajaya.

Agenda utama Mesyuarat Agung ini ialah untuk memilih peneraju persatuan bagi sesi keempat penubuhan persatuan EWA. Bagi memastikan pemilihan Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa (AJK) berjalan dengan lancar, Puan Pengerusi Majlis, dilantik. Beliau menjadi pemerhati dan pihak yang tidak mempunyai apa- apa peranan dalam persatuan EWA. Kemudian, pemilihan berlangsung dengan percalonan jawatan dalam Majlis Tertinggi Persatuan EWA, iaitu Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha serta Bendahari. Undian dilakukan sekiranya lebih dari satu calon dipilih dalam jawatan yang dipertandingkan di mana pemilihan dibuat dengan kaedah undian di atas kertas pemilihan yang telah diberikan. Seterusnya, pemilihan Ahli Jawatankuasa diteruskan di mana percalonan untuk 9 posisi AJK dilaksanakan. Manakala, pemilihan dibuat sekiranya percalonan untuk posisi AJK melebihi seorang. Pemilihan AJK dibuat dan dilaksanakan seperti yang telah dilakukan ketika undian untuk jawatan Majlis Tertinggi EWA.

Majlis berjalan dengan lancer di mana kepimpinan baru telah dipilih oleh ahli- ahli EWA. Semoga peneraju- peneraju yang dipilih mampu membawa EWA setapak ke hadapan. Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baru EWA dan segulung ucapan terima kasih kepada ahli- ahli EWA yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung EWA.

[flagallery gid=13]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *