Perutusan Presiden

 Prof Datin Dr Norizan Abdul Razak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera untuk semua ahli EWA MALAYSIA dan pengunjung ewamalaysia.my.  Syukur kepada Allah di atas segala nikmat dan rahmatnya EWA Malaysia kini menjangkau umur 6 tahun dan keahlian seramai 360. Keahlian EWA Malaysia adalah untuk Lembah Kelang , Johor, Trengganu, Perak dan kini di Sabah. Sama -sama kita mendoakan pada tahun 2016 ini keahlian kita dapat mencapai 500 orang dan dapat kita menjemput usahawan wanita dari Pulau Pinang dan juga Kelantan.

EWA Malaysia kini berbangga ramai anak didiknya kini sudahpun menjadi jutawan dan berjaya di dalam perniagaan  berjual beli di atas talian. Mereka ini adalah “role model” untuk ahli ahli lain untuk mencapai jualan setinggi dan jaringan perniagaaan yang hebat. Pada 2016 ini program mobile apps dan juga online payment gateway dan mobile payment menggunakan teknologi Fass Pay diperkenalkan kepada semua ahli . Ini untuk memudahkan transaksi atas talian dan juga untuk terus meningkatkan kehadiran usahawan wanita di dalam penggunaan teknologi internet yang menghasilkan  impak tinggi . Program digital literasi dan perniagaan atas talian terus menjadi fokus utama persatuan. Usaha ini diharap dapat merapatkan jurang di antara gender dan juga wanita di bandar dan luar bandar supaya mereka terus menikmati kemudahan dan faedah menggunakan teknologi ICT .

Penglibatan institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan untuk terus bersama persatuan EWA Malaysia adalah disanjung tinggi dan diharapkan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi serta SME Corp dan SME Bank akan terus terjalin rapat. Berkat kolabaorasi strategik ini ramai usahawan  yang telah berjaya dibimbing dan kini menjadi mentor kepada yang lain.

Semoga EWA Malaysia terus maju dan objektif Memperkasa Wanita dengan ICT terus dijalankan dengan lebih giat di tahun 2016.

PROF DATIN DR NORIZAN ABDUL RAZAK
Presiden /PRESIDENT
E-Entrepreneurs Women Association of Malaysia
ewamalaysia.my
info@ewamalaysia.my